August 18, 2008

Our 1st Wedding Anniversary (18.08.2007-18.08.2008)

Alhamdulilah...dah setahun kami bersama as husband and wife. Banyak sangat suka duka tempuh bersama..alhamdulilah gak, kami sekarang dah bertiga...dengan kehadiran puteri sulung kami, Nur Aisyah Batrisyia telah menyerikan lagi rumah tangga kami.

Kezutan?...abang mmg penuh sangat dengan kezutan! Previous entry, aku ada luah kan, 'ketidakpuas hati' nya aku, sebab tak dapat apa2 from spore. And malam tadi, dia kuarkan barang2 yang dia belikan utk aku..special from Spore.Dia just senyum jek. Aku apa lagi, melalak la, terharu+malu+bersalah nya aku kat dia sebab fikir buruk ttg abang..Ya Allah, dosanya aku..

Dsc_1657Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Semoga Kebahagiaan dan Kegembiraan ini menjadi milik abadi dan di sulami cinta jua kasih sayang yang berpanjangan hingga ke Akhir Usia.Satukan la hati kami, sepertimana engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha, dan seperti engkau satukan hati Muhamamad SAW dan Siti Khadijah dan semoga jodoh perkahwinan ini berkekalan buat selama-lamanya, Amin Ya Rabbal Alamin..


Utk Abang, ayang mintak maaf bebanyak terhadap abang..ayang banyak buat silap dekat abang sepanjang setahun kita bersama..Terima kasih kerana sudi terima ayang as pasangan hidup abang buat selama-lamanya. Abang adalah suami yang terbaik di dunia, dan tiada yang dua yang dapat menandingi abang..I'allah, ayang cuba jadi isteri yang terbaik, walaupun ayang tidak sesempurna yang abang impikan..

                            

August 14, 2008

Patut ke?

Luahan perasaan...betul ke lelaki ni, bila kuar mana-mana, mesti ingat anak dulu, baru ingat isteri dia? sebab aku dah rasa dah sekarang. Baru-baru ini, hubby aku kena p Spore, ada Trade mission, 6 ari gak dia stay kat spore.Semalam, baru jek balik, rindu nya aku kat dia, allah jek tahu..so as usuall, aku nak gak tahu apa lah yang dia belikan untuk aku. Sebab ada ari tuh, dia call aku, tanya nak handbag ke nak shoes? aku cakap apa2 la, tapi if boleh, belikan sekali barang utk baby aisyah kami..sian baby, nak gak 'something' from oversea.

Aku buat2 tak tanya la, konon macam taknak harap la, tapi sebenarnya mmg harap gak. sekali dia kuar kan plastik, semua dress baby, mmg lawa, superb...ada 4-5 pasang..siap ada shoes+cardigan lagi....still diam lagi..lepas tuh dia kuarkan la CROCS dia yang bernilai 53 sing dollar, untuk dia ye...aku diam lagi..last-last maybe dia perasan aku still macam nak cari..dia leh cakap, ayang nya next time ye..

Sedihnya aku...aku tak lah harapkan benda yang mahal2..atleast kasut 10 dollar spore or handbag oudated design 2 hingga 3 tahun lepas pun aku dah hepi..ni lagi kat spore, mmg tgh warehouse sale..almost semua shopping complex..tapi dia tak boleh ingat kewujudan aku dalam idup dia..

tapi, aku bukan la isteri yang nak minta2 or senang cakap materialistik, cuma aku terkilan gak...aku ke salah cakap? or mmg hubby aku mmg sengaja lupakan aku? atau dia sengaja nak uji aku? ntah la labu.. :(

August 01, 2008

3rd June 2008... At last...

Alhamdulilah...baby Aisyah selamat dilahirkan pada 3 Jun 2008, di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, berat 3.32 kg, 8.53 malam selepas bertarung sakit kena induce 14 jam since pukul 7 pagi. Allah jek tahu dan alhamdulilah, aku dikurniakan nikmat bersalin normal, walaupun sakit yang di hadapi...tak terkata..

Kehidupan aku sekarang, sudah sempurna dengan kehadiran aisyah dalam kehidupan kami suami isteri. Balik rumah, dah ada aisyah, malam berjaga sebab aisyah, and anak aku dah nak bercakap..so, aku banyak bercakap dengan dia..AISYAH ANAK IBU, ANAK AYAH, AISYAH ANAK BIJAK as her name batrisyia..

Sekarang ni if keluar, mesti ingat kan aisyah, beli barang, ingatkan pampers and S26 Aisyah, ingatkan baju2 comel untuk infant gurl, mesti nak belikan untuk aisyah..and everything ingatkan AISYAH.

Part yang paling membahagiakan aku, biler aku dapat gomol2 and cium pipi chubby aisyah..dapat bau aisyah, aku dah LALOK...hahahahahahaha..apa la ibu aisyah ni..
and melayan dia cakap..even aku sendiri tak faham apa yang aisyah nak cakap ngan aku...:P

Nur Aisyah Batrisyia, hadiah anniversary pertama kami yang paling bernilai untuk kami. I'allah, kami akan didik kamu, Aisyah jadi wanita yang membahagiakn ibu dan ayah..amin